Ceritalah

Pages ini akan memaparkan kisah2 menarik suka dan duka tentang keturunan Mohd Amin b Mohd(PNP), anak2nya,cucu serta cicit.....mungkin ada kisah yang terdapat dalam page ini tidak diketahui oleh orang termasuk ahli keluarga sendiri....so bacelah...

Sumpahan Harimau


Ketika baru membuka kg Pulau Kerengga, Din Al-Fathani(datuk Mohd amin bin Mohd) terpaksa menebang pokok2 besar dan menebas hutan bagi membina penempatan. Maka dikatakan Din telah membunuh seekor ibu harimau kerana takut harimau itu akan mengancam keselamatan keluarganya. Harimau itu dikatakan mempunyai seekor anak.Mungkin kerana dendam,anak harimau telah membaham Ahmad(anak kepada din/pak saudara PNP).Anak harimau itu juga dikatakan menyimpan dendam kepada generasi Din Al-fathani selama 7 keturunan.Malah anak harimau itu juga dikatakan telah cuba menggali kuburan Din Al-fathani kerana dendam tersebut.Waallahualam..

Zaman Jepun


Ketika penjajahan jepun, PNP dikatakan telah menyertai penduduk kampung bagi menentang penjajahan Jepun. Dikatakan tentera jepun cuba mendarat di Pantai kg Pulau Kerengga.Oleh yang demikian, penduduk kampung telah menyusun strategi sendiri bagi menghalang pendaratan askar jepun.Antara strategi yang bijak dilakukan oleh penduduk kampung ialah dengan memasang jamu(obor) di batang2 kelapa di tepi pantai. Jika dari atas kapal, jamu yang dipasang pada batang kelapa seperti menampakkan jumlah pendekar atau askar yang ramai menyebabkan kapal jepun tidak jadi mendarat di pantai Pulau Kerengga.Dikatakan juga ilmu kebatinan oleh seorang penduduk kg menyebabkan kapal jepun hampir karam.Akhirnya,tentera jepun telah mendarat di pantai sabak,kelantan.PNP juga dikatakan telah ditangkap oleh askar jepun bagi dijadikan buruh paksa bagi pembinaan landasan keretaapi maut Thailand-Burma.Namun PNP berjaya meloloskan diri.