Thursday, November 25, 2010
Mukodimoh
Alhamdulillah…akhirnya dapat juga kami menyiapkan blog Pok Ngoh Pok.blogspot ini setelah melalui beberapa halangan. Setelah mempunyai Facebook group…keluarga Pok Ngoh Pok bergerak setapak lagi dengan mempunyai sebuah blog yang tidak seberapa ini. Namun demikian, ianya adalah satu permulaan untuk mempunyai blog yang lebih menarik pada masa akan datang.Objektif utama penubuhan blog ini tak lain dan tak bukan adalah bagi menyatukan seluruh keluarga Mohd Amin bin Mohamad (pok ngoh pok).Selain itu,ianya juga bertujuan untuk memberi sedikit sebanyak pengetahuan tentang serba sedikit susur galur dan salah silah keturunan keluarga Pok Ngoh Pok yang kini sudah berusia lebih 100 tahun sementera beliau masih hidup ini(25/11/2010).Untuk pengetahuan pembaca, kini Mohd Amin tinggal bersama anak perempuannya di Kg Pulau Kerengga. Malah, blog ini juga diharap dapat menjadi manuskrip sejarah yang mungkin sangat berguna untuk tatapan generasi akan datang. Diharap juga admin blog ini dapat menupdate blog ini dari semasa ke semasa.Terima kasih…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment